Ini memang ‘rare’, ukir wajah Tun M pada daun teja, bakat anak muda terima pujian ramai

0

Bakat seni adalah anugerah unik dari Allah SWT buat hambanya.

Begitulah jua dengan Muhammad Hafizi Abdul Karim, 30 merupakan salah seorang yang bertuah kerana diberi bakat seni.

Bemula dengan memenuhi permintaan isteri untuk mengukir wajahnya pada sehelai daun, kini Hafizi menjadikan kerjaya pengukir daun sebagai sumber rezeki.

Terbaru, pemuda kelahiran Kulim, Kedah ini telah mencuri perhatian netizen apabila berkongsi klip video memperlihatkan kemahirannya mengukir potret mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sehelai daun teja.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh @hafizi_eiji di laman TikTok  telah menerima lebih 400,000 tontonan dan rata-rata netizen terpukau dengan bakat yang dimiliki oleh Hafizi.

Berkongsi pengalamannya, pada awalnya dia menggunakan daun nangka untuk membuat ukiran sebelum beralih kepada daun teja.

“Dua bulan sebelun ini saya banyak menggunakan daun nangka, tetapi sekarang saya menggunakan daun teja kerana lebih mudah dan tahan lasak.

“Masalah daun nangka ini adalah apabila saya keringkan dia akan menjadi kecut sikit, kadang-kala ketika mengukir potret akan lari,” imbasnya.

Menururut Hafizi, selepas selesai mengukir, dia perlu menyalut daun dengan plastik bagi memastikan kualiti ukiran itu terpelihara.

Bagi menjaga kualiti serta ketahanan daun teja selepas diukir, daun tersebut dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum disapu dengan menggunakan sejenis cecair.

“Sejenis cecair bernama resin digunakan untuk menjaga kualiti dan ukiran itu sebelum dibingkaikan,” kongsinya lagi.

Sebagai panduan buat anda yang berminat untuk menempah ukiran pada daun ini, harganya bergantung kepada jenis ukiran. Bagi ukiran wajah ditetapkan pada harga RM100 termasuk bingkai dan proses awet.

Manakala ukiran tulisan Khat pula bergantung kepada tahap kehalusan ukiran seni itu sendiri.

Wah! Berbeza dan kreatif kan. Tahniah.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply