Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAIndah pekerti, tinggi budimu Ustaz! Ebit Lew berhasrat hantar anak-anak tinggal di...

Indah pekerti, tinggi budimu Ustaz! Ebit Lew berhasrat hantar anak-anak tinggal di kebun getah ke sekolah agama atau madrasah

Kelmarin kami kongsikan mengenai penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkunjung di Baling Kedah untuk melihat keperitan hidup satu keluarga yang tinggal di dalam bangsal atau khemah disebuah kebun getah selama setahun.

https://themalayapost.my/dapat-kebenaran-polis-bergerak-ketika-pkp-ustaz-ebit-lew-teruskan-aktiviti-amal/

Memetik perkongsian terkini dari laman Facebook beliau, kini keluarga berkenaan telah berpindah masuk ke rumah sewa yang baru.

“Saya dah bayarkan 2 bulan. InsyaAllah selagi mereka perlukan rumah tu saya bayarkan sewa rumah dan air elektrik. Terima kaseh tuan rumah.

“Mula-mula mereka terkejut. Sebab katanya macam mimpi. Anaknya happy jer dalam kereta saya tadi. Jiran baik semuanya ada yang datang membantu pindah tadi.

“Sedih tengok. Saya pergi kedai perabot belikan 2 katil queen dan tilam. Serta 2 tilam single. Belikan tikar getah. Rice cooker. Saya beri duit belanja buat keluarga dan anak-anak. Syukur pada Allah,” ujar beliau.

Beliau turut menyatakan hasrat mahu membantu anak-anak terbabit belajar di sekolah agama ataupun madrasah supaya menjadi orang yang hebat kelak.

Syukur Alhamdulillah sahabat kita sekeluarga dah berpindah ke rumah sewa. Saya dah bayarkan 2 bulan. InsyaAllah selagi…

Dikirim oleh Ebit Lew pada Minggu, 26 April 2020

Mulia sungguh hati Ustaz Ebit Liew.
Tidak hairanlah jika ramai yang menyayangi dan menyokong Ustaz.

Semoga dipermudahkan urusan Ustaz!

 * Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments