Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersetuju mengiktiraf 33 Festival Filem Antarabangsa antaranya Berlin International Festival, Cannes International Festival, Toronto International Festival, Locarno International Festival, Venice International Festival serta 28 negara lain membabitkan Sepanyol, China, Korea dan beberapa festival antarabangsa lain di seluruh dunia.

Sehubungan itu, perbadanan terbabit mengalu-alukan semua penerbit filem tempatan menyertai festival filem yang diiktiraf menerusi Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS dan akan dipertimbangkan memperolehi bantuan melalui inisiatif badan berkenaan.

FINAS turut akan meraikan pemenang dan penerima anugerah di Festival Filem Antarabangsa tahun ini dalam satu majlis penghargaan yang akan dianjurkan pada masa terdekat.
Keputusan berkenaan dilakukan melalui Mesyuarat Ahli Perbadanan Finas yang dipengerusikan oleh Zakaria Abdul Hamid hari ini.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply