Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 2,234 kes baharu, tiga kematian hari ini

COVID-19 : 2,234 kes baharu, tiga kematian hari ini

Kes baharu positif COVID-19 kembali meningkat kepada empat angka hari ini dengan rekod 2,234 kes baharu membabitkan 2,229 kes tempatan manakala lima kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah keseluruhan positif dalam adalah negara adalah sebanyak 78,499 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,112 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 66,236 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,867 orang manakala 124 pesakit berada di ICU dan 60 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian direkodkan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 396 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments