Monday, May 13, 2024
HomeBERITAIkram Abdi Omar bintangi kempen kerjasama The Outnet x Diane Von Furstenberg...

Ikram Abdi Omar bintangi kempen kerjasama The Outnet x Diane Von Furstenberg (DVF) baharu

Tidak lama selepas mengetuai kempen Burberry pada Disember tahun lalu, model Somalia-British, Ikram Abdi Omar telah dipilih untuk membintangi kempen The Outnet x Diane Von Furstenberg (DVF).

Ini kali pertama e-tailer (belian dalam talian)  melancarkan model berhijab pada salah satu kempennya.

Abdi Omar, yang melakar sejarah sebagai model pertama yang terpilih dalam kempen Burberry, terserlah dalam imej kempen The Outnet x DVF yang memakai pakaian yang digayakan oleh ikon terkenal Amerika Syarikat dan signature printed, beserta aksesoribdengan selendang kepala yang diikat.

Foto : Arab News

Model itu membuat langkah catwalk di London Fashion Week dua tahun lalu, di mana Abdi Omar dapat berjalan seiring bersama model Somalia, Halima Aden, yang menjadi supermodel yang pertama memakai tudung di New York dan Milan.

Supermodel hijab pertama di pentas peragaan dunia, Halima Aden

Tidak lama selepas itu, Abdi Omar membuat penampilan pertama di London Fashion Week apabila dia melangkah di pentas Molly Goddard Fall 2018.

Abdi Omar akan terus berjalan ke hadapan bersama  Iceberg dan Charles Jeffrey, serta untuk kempen jenama antarabangsa, termasuk Nike dan beberapa penerbitan seperti majalah Wonderland, Vogue Arabia dan Tatler.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments