Hos TV lagenda Larry King meninggal dunia

0

Hos televisyen lagenda Larry King meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 23 Januari jam 8 pagi (waktu di Amerika Syarikat).

Larry King telah dimasukkan ke hospital pada awal Januari 2020 ketika melawan wabak COVID-19.

Ikon televisyen ini pernah mewarnai program bual bicara ‘Larry King Live in CNN’ yang bermula 1 Jun 1985 hingga 18 Disember 2010.

Melalui pengumuman di platform Twitter,

“Dengan kesedihan yang mendalam, Ora Media mengumumkan kematian pengasas, hos rakan kami Larry King, yang meninggal dunia pagi ini pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles.”

Walaubagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan dalam kenyataan terbabit.

Berita memilukan tentang kematian Larry timbul apabila pertama kali beliau dilaporkan positif CPVID-19  dan dimasukkan di sebuah hospital di Los Angeles selama 10 hari pada 2 Januari tahun lalu.

Isteri mendiang,Shawn King, 61, yang dalam proses penceraian namun masih berhubung baik, juga bersama dua anak lelaki, Chance, 21, dan Cannon, 20, tidak dibenarkan mengunjunginya tetapi selalu berhubung dengan pihak hospital selama waktu mendiang Larry dirawat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply