COVID-19 : Kes harian tertinggi direkodkan hari ini

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan kes baru tertinggi iaitu sebanyak 4,275 kes membabitkan 4,264 kes tempatan dan 11 kes import.

Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 180,455 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 4,313 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 137,019 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 42,769 orang (23.7%) manakala 260 pesakit berada di ICU dan 103 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan tujuh kematian hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 667 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply