Monday, October 21, 2024
HomeBERITAHarga baru topeng muka

Harga baru topeng muka

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Alexander Nanta Linggi menyatakan keprihatinan kerajaan dengan kekurangan bekalan topeng muka di pasaran.

Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah mewartakan larangan eksport topeng muka ke luar negara dan membenarkan import topeng muka dari luar negara bagi meningkatkan bekalan topeng muka di pasaran tempatan.

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) (Pindaan) (No. 2) 2020 telah diwartakan di bawah Akta Kastam 1967 pada 20hb Mac 2020.

Justeru segala eksport topeng muka ke luar negara tidak dibenarkan dan kerajaan telah melaksanakan sesi libat-urus dengan pengeluar topeng muka tempatan.

Walau bagaimana pun, harga bahan mentah topeng muka yang 90% diimport dari luar negara telah meningkat ke tahap yang tidak ekonomikal untuk pengeluaran dan pasaran runcit sejak wabak Covid-19 melanda dunia.

Kesemua 4 buah kilang pengeluar topeng muka tempatan telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran dan bekalan domestik, namun masih tidak mencukupi untuk sektor kesihatan dan barisan hadapan yang mengurus dan merawat pesakit yang perlu diberi keutamaan terutama selepas gelombang kedua Covid-19 di negara ini.

Dengan menetapkan harga siling baru topeng muka yang telah berkuatkuasa sejak 2009, pengeluar tempatan dan pengimport akan dapat meningkatkan bekalan topeng muka untuk keperluan tempatan.

Harga baru ini telah diwartakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 2) 2020 pada 20hb Mac 2020.

Jadual harga baru topeng muka adalah seperti berikut:

1- Topeng muka (Pembedahan/Perubatan) 1 lapisan (gelung telinga) :

– Borong RM5.00/box
– Runcit RM7. 00/box
– Seunit RM0. 15/unit

2- Topeng muka (Pembedahan/Perubatan) 2 lapisan (gelung telinga) :

– Borong RM8.00/box
– Runcit RM10.00/box
– Seunit RM0.20/unit

3- Topeng muka (Pembedahan/Perubatan) 3 lapisan (gelung telinga) :

– Borong RM75.00/box
– Runcit RM100.00/box
– Seunit RM1.50/unit & RM2.00/unit

4- Topeng muka (Pembedahan/Perubatan) N95 :

– Borong RM100.00/box
– Runcit RM6.00/unit

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments