Friday, July 19, 2024
HomeBERITA46 warga Malaysia di Iran akan dibawa pulang ke tanah air esok

46 warga Malaysia di Iran akan dibawa pulang ke tanah air esok

Seramai 46 orang rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran akan di bawa pulang ke tanah air esok.

Misi ini juga turut bersama-sama membantu membawa pulang lapan rakyat Singapura dan seorang warganegara Indonesia yang terkandas disana.

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan pesawat sewa khas yang akan membawa pulang semua rakyat juga sudah diterbangkan ke Iran pagi tadi.

Setibanya pesawat khas berkenaan ke Malaysia esok, kesemua yang dibawa pulang akan dikuarantin selama 14 hari di sebuah Institut Latihan Awam.

Ia adalah penting bagi memantau tahap kesihatan selain memberikan rawatan sewajarnya sekiranya perlu, katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments