Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAHanya bawa IC ke klinik terpilih, nikmati Skim Perubatan MADANI

Hanya bawa IC ke klinik terpilih, nikmati Skim Perubatan MADANI

Berita baik buat semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda kini boleh juga nikmati Skim Perubatan Madani.

Skim itu bermula 15 Jun sehingga 31 Disember ini. Wah menarik kan!

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa inisiatif tersebut merupakan program perantis yang diadakan di 10 buah daerah.

Katanya ia melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Skim itu bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40, terutama dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut iaitu rawatan pesakit luar kes-kes akut di premis pengamal perubatan swasta umum (GP).

Tambah beliau lagi skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima STR.

Yang pasti perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments