Pelakon Zara Zya memberi petunjuk hubungan bersama tunangnya pelakon Hafreez Adam kini berada dalam fasa diuji dengan kehadiran orang ketiga.
Menurutnya, sebelum bertunang, hubungan mereka tidak pernah diganggu oleh orang ketiga.
Terbaru, Hafreez Adam bertindak untuk tidak lagi mengikuti (follow) Instagram pelakon berkenaan dan juga telah memadam gambar bersama tunangnya, Zara Zya.
Zara Zya telah memuat naik perkongsian seolah-olah meluahkan isi hatinya meskipun tidak memberitahu secara nyata kepada siapa luahan itu ditujukan.
Menurut pelakon dan juga usahawanita, dia berkata kita harus sedar bahawa tidak perlu ada penyesalan di dalam sesuatu pilihan yang dibuat meskipun pilihan itu nanti akan menyebabkan diri sendiri yang terluka.
Namun ianya adalah hikmah dan pengajaran di atas pilihan yang telah dibuat, yang perlu kita cari apabila kecewa.
“Hanya dua perkara yang kita akan dapat. Sama ada ia memberikan sesuatu yang kita idamkan, atau ia akan mengajarkan kita apa yang lebih baik pada langkah yang seterusnya. Just believe that Allah always gives something good to us. ❤”tulis Zara Zya.
Semoga permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Leave a Reply