Friday, July 26, 2024
HomeBERITAApple lancar iOS 13.3, pembaikan dan pembetulan bugs (pepijat) dan kawalan...

Apple lancar iOS 13.3, pembaikan dan pembetulan bugs (pepijat) dan kawalan tambahan mesra ibu bapa untuk ‘screen time’

Kemas kini terbaru Apple iOS 13 baru sahaja dilancarkan dan ia adalah pelancaran pertama dan baru-baru menurut Craig Federighi  (Naib Presiden Kanan Kejuruteraan) berkata pelepasan ios 13 merupakan yang terbesar dalam beberapa minggu ini.

Oleh itu, ios terbabit merupakan penambaikan pepijat beserta kemas kini keselamatan dan mempunyai ciri-ciri baru yang tulen.

Mesra kawalan ibu bapa yang baru memberikan lebih banyak had komunikasi mengenai siapa anak anda boleh berhubung melalui FaceTime atau Message.

Ios terbaru ini turut membolehkan ibu bapa menguruskan kenalan yang muncul pada peranti anak-anak mereka dengan mudah.

Segala-galanya untuk dinikmati dalam kemas kini utama ini, dan bagaimana untuk mendapatkannya?

Anda pasti rutin asasnya, tetapi pada asasnya ia hanya dikeluarkan dan sehingga kini boleh dimuat turun pada iPhone yang sesuai dan menyokong ios13.3 seperti, iPhone SE, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPhone XR, iPhone Xs, iPhone Xs Max, manakala iPadOS 13.3 untuk kemaskini ios untuk iPad.

Cuma cari aplikasi tetapan dan kemudian pilih Umum (General), diikuti dengan Kemas Kini Perisian (Software Update).

Sebaik sahaja anda telah klik Muat turun dan Pasang ( Download and Install ) secara automatik akan dikemas kini dalam masa yang singkat dan mengambil masa kira-kira setengah jam.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments