Sudah agak lama penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun bergelar single selepas penceraian dengan pengasas kosmetik, Joy Reyfa.
Namun kini kesunyian Hafiz Hamidun mula terisi dengan kehadiran seorang bayi lelaki yang juga anak angkatnya bernama Hamdee Hafiz.
Berita gembira berkenaan dikongsi di laman Instagram miliknya hari ini.
“Assalamualaikum. Moga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna.
@hamdeehafiz ❤” tulis Hafiz.
Semoga Hamdee Hafiz membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang membanggakan serta baik akhlak seperti bapanya.
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply