Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAJENAYAHEksklusif : 12 pegawai dan anggota polis Pulau Pinang bakal direman pagi...

Eksklusif : 12 pegawai dan anggota polis Pulau Pinang bakal direman pagi ini

Di Pulau Pinang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM akan memohon perintah reman ke atas dua belas pegawai dan anggota polis yang ditahan SPRM semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi The Malaya Post mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya 12 ditahan esok permohonan reman di Mahkamah Pulau Pinang”, katanya ketika dihubungi The Malaya Post.

Kesemua dua belas individu terbabit akan di bawa ke mahkamah Pulau Pinang pagi ini untuk mohon perintah reman bagi membantu siasatan.

Datuk Seri Azam berkata individu berkenaan ditahan kerana dipercayai menerima rasuah dan terlibat dalam kes salah guna kuasa. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments