Tuesday, July 9, 2024
HomeBERITAGV9 : Gandingan luar biasa Jaclyn Victor & Aina Abdul

GV9 : Gandingan luar biasa Jaclyn Victor & Aina Abdul

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Jaclyn Victor meneruskan kecemerlangan apabila sekali lagi mengungguli tempat pertama menerusi duet bersama Aina Abdul dalam lagu Cinta, nyanyian asal Marsha Milan.

Jaclyn memperoleh markah 92.4 peratus sekali gus membawa pulang anugerah Bintang Memukau Adabi.

Markah itu juga adalah markah tertinggi diperolehi oleh peserta GV musim ini.

Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi oleh Hazrul Nizam berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Dalam pada itu, vokalis Candy, Pat menjadi peserta ketiga meninggalkan pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), pada Ahad.
Dalam konsert minggu kelima, Pat yang berduet dengan Aepul Roza daripada Drama Band menyampaikan lagu Babak Pertama, gagal memikat hati juri apabila menerima markah terendah iaitu 58.4 peratus.
Namun Pat sempat berkongsi berita gembira bakal mengeluarkan single terbaharu bersama kumpulannya.

Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu keempat:

1. Jaclyn Victor – 92.40
2. Shila Amzah – 82.20
3. Fuad Rahman – 81.70
4. Bob Yusof – 81.40
5. Tomok – 79.20
6. Tom – 76.40
7. VE – 76.00
8. Hazrul Nizam – 73.90
9. Dina Nadzir – 67.60
10. Asheed Def Gab C – 66.20

Dalam konsert minggu, Datuk Seri Siti Nurhaliza diumumkan sebagai duta Farm Fresh dan muncul menyampaikan lagu temanya.
Semua peserta GV9 diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments