Thursday, May 9, 2024
HomeBERITAGeng Molekwei tumpas

Geng Molekwei tumpas

Di Seremban, pihak polis berjaya menumpaskan  sekumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Molekwei.

Siasatan polis Geng Molekwei bukan saja memecah masuk rumah malah mencuri kenderaan mangsa sebelum menjualnya sehingga ke Thailand.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ruslan Khalid berkata, bagaimanapun, kelicikan kumpulan jenayah itu berakhir selepas lima suspek, termasuk dua wanita, ditahan pada serbuan di negeri ini serta Kedah daripada 16 hingga 18 Ogos lalu.

Dua daripada suspek mempunyai 12 rekod membabitkan kes jenayah dan kesalahan dadah berbahaya.

Kesemua suspek berusia 31 hingga 41 tahun.

“Kami turut merampas antaranya lima kereta, 11 telefon bimbit dan empat komputer,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setiap suspek mempunyai perasan masing-masing dalam kes itu termasuk membawa lari kenderaan serta menjadi orang tengah dan berperanan mencari pembeli tempatan atau Thailand.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi kenderaan.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun, denda atau sebat.

“Kesemua suspek direman enam hari bagi membantu siasatan,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments