Friday, July 19, 2024
HomeBERITAGEGAR VAGANZA : Debaran kian terasa, para peminat mula berteka-teki peserta mana...

GEGAR VAGANZA : Debaran kian terasa, para peminat mula berteka-teki peserta mana akan mara ke pentas akhir GV6

Konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) kini berada diminggu kemuncak dengan lapan orang peserta yang akan berentap di pentas nyanyian.

Para peminat mula berteka-teki peserta mana akan mara ke pentas akhir GV6 pada konsert yang masih berbaki dua minggu sahaja lagi.

Program realiti yang ke udara setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria bakal menyaksikan para peserta membuat persembahan vokal dengan lagu tugasan masing-masing.

Debaran kian terasa dan para peminat pasti tidak sabar untuk menunggu dan menyaksikan penyanyi kegemaran mereka melakukan persembahan.

Konsert GV6 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta turut bersiaran di platform digital saluran Youtube Astro Gempak dan laman sesawang rasmi Gegar Vaganza 2019.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments