Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAAktif melakukan kerja amal, bintang Bollywood Priyanka Chopra terima Anugerah Kemanusiaan Danny...

Aktif melakukan kerja amal, bintang Bollywood Priyanka Chopra terima Anugerah Kemanusiaan Danny Kaye ke-15 UNICEF Snowflake Ball

Sejak penglibatannya dengan United Nations Children’s Fund’s (UNICEF) pada 2006 bintang Bollywood, Priyanka Chopra telah dinobatkan sebagai duta besar pada Disember tahun lepas.

Penyertaannya dalam UNICEF banyak memberi tumpuan kepada kempen hak asasi kanak-kanak dan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan.

Disamping itu, pelakon kelahiran India ini juga turut mempromosikan kegiatan sosial seperti alam persekitaran, kesihatan, pendidikan, hak-hak wanita dan sebagai jurucakap mengenai kesamaan jantina dan feminisme.

Bagi tanda penghargaan dedikasi Priyanka Chopra terhadap kebajikan masyarakat, ikon global ini telah menerima Anugerah Kemanusiaan Danny Kaye ke-15 UNICEF Snowflake Ball pada 3 Disember lalu.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh pereka fesyen terkenal antarabangsa iaitu Diane Von Furstenberg.

Pada acara itu, Priyanka tampil anggun dan menawan dengan menggayakan sepasang gaun berwarna merah dan memakai anting-anting berlian.

Untuk rekod, pemenang Ratu Dunia tahun 2000 ini telah menubuhkan ‘The Priyanka Chopra Foundation’ yang telah dibina khas untuk perubatan dan pendidikan bagi kanak-kanak.

Pada tahun 2013, pelakon aksi komedi Amerika ‘Baywatch’ turut menyumbangkan sebahagian dari hartanya untuk membina wad kanser di Hospital Nanavati, Mumbai, India.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments