Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAJENAYAHGagal bawa Jho Low pulang, KPN tawar jaminan keselamatan kepada Jho Low

Gagal bawa Jho Low pulang, KPN tawar jaminan keselamatan kepada Jho Low

KUALA LUMPUR 13 Jan : Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memohon maaf atas kegagalan membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, sebelum akhir tahun lalu.

Sekalipun sudah berusaha sedaya-upaya, beliau mengakui berdepan pelbagai rintangan daripada pihak tertentu yang mahu memastikan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, katanya, usaha membawa pulang ahli perniagaan terbabit masih diteruskan walaupun Jho Low dikatakan memohon suaka politik dari sebuah negara di Eropah.

“Kegagalan kerana saya terpaksa berdepan pelbagai rintangan tertentu daripada segelintir pihak bagi memastikan Jho Low tidak balik ke Malaysia.

“Silakan keluar daripada persembunyian dan saya berikan jaminan keselamatan diri kepada Jho Low sekiranya ingin balik ke Malaysia, tidak perlu memperlekehkan sistem kehakiman negara ini,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, petang ini.

Memetik laporan Berita Harian, Tan Sri Abdul Hamid berkata, pelbagai aset termasuk kediaman bernilai jutaan ringgit dipercayai milik Jho Low dan hasil penyelewengan 1MDB kini dalam proses disita untuk dikembalikan kepada kerajaan Malaysia. –THE MALAYA POST

Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments