Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAJENAYAHMuhyiddin Yassin nafi pegawai khasnya antara 17 yang dicekup polis kerana dipercayai...

Muhyiddin Yassin nafi pegawai khasnya antara 17 yang dicekup polis kerana dipercayai positif dadah

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan pembabitan salah seorang daripada 17 individu yang dicekup polis malam tadi adalah pegawai khasnya.

Tan Sri Muhyiddin dalam kenyataan medianya berkata Pizi Jihat, seorang lagi suspek yang ditahan bersama ADUN Dengkil, Adhif Syan adalah seorang kakitangan di ibu pejabat parti dan bukan pegawai khas beliau sebagaimana yang dilaporkan.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa Pizi Jihat (seorang lagi suspek yang ditahan bersama Adhif Syan) adalah seorang kakitangan di ibu pejabat parti dan bukan pegawai khas saya sebagaimana yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, beliau telah dimaklumkan mengenai kes YB Adhif Syan dan beberapa lagi individu yang ditahan polis dalam satu serbuan pada awal pagi semalam di Tiara Mutiara 2 Jalan Puchong.

“Saya sudah dimaklumkan mengenai kes YB (Yang Berhormat) Adhif Syan dan beberapa lagi individu yang ditahan polis dalam satu serbuan pada awal pagi semalam.

Beliau memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam kes membabitkan Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) Selangor itu dan polis perlu mengambil tindakan berdasarkan proses undang-undang.

“Susulan penahanan ini, saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Politik Angkatan Muda Keadilan (AMK) P Arvindran, mengesahkan seorang daripada suspek yang ditahan bersama ADUN terbabit adalah anggota Majlis Pimpinan Pusat AMK.

“Biro Disiplin AMK memandang serius perkara ini dan akan mengkaji sama ada terdapat pelanggaran Kos Tata Etika Anggota mana-mana peruntukan perlembagaan parti atau peraturan AMK dalam kes ini.

“Biro Politik AMK sentiasa komited dalam memastikan semua anggota parti tidak terbabit dalam jenayah dan sentiasa mematuhi undang-undang negara, perlembagaan dan tata etika parti,” katanya.

Polis semalam menahan 17 individu termasuk seorang ADUN Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, dalam satu operasi.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 pagi di sebuah kondominium di Jalan Puchong.

Penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

Hasil siasatan lanjut, polis turut menemui serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja dan saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments