Fat Leonard kena cekup mungkin jadi bahan tawar-menawar baharu untuk Venezuela diiktiraf AS

0
Gambar dikeluarkan melalui akaun Instagram Interpol Venezuela menunjukkan Francis Leonard Glenn yang juga dikenali sebagai ‘Fat Leonard’.

SAN DIEGO, 24 September – Seorang kontraktor pertahanan warga Malaysia yang dalam buruan  digelar “Fat Leonard” mendakwa mempunyai gambar seks pegawai Tentera Laut AS.

Yang nyata ia dikhuatiri boleh menjadi bahan tawar-menawar terbaru dalam usaha Presiden Venezuela Nicolas Maduro untuk memenangi pengiktirafan rasmi daripada pentadbiran Biden, menurut pakar.

Namun tidak jelas sejauh mana kerajaan AS akan memperjuangkan kepulangan Leonard Glenn Francis yang memiliki syarikat servis kapal di Asia Tenggara yang menjadi watak utama dalam salah satu skandal rasuah terbesar dalam sejarah Pentagon.

Lapor media Fat Leonard melarikan diri dari tahanan rumah di San Diego pada 4 September lalu dan telah ditangkap oleh polis Venezuela pada Selasa ketika cuba menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di luar Caracas.

Francis menghadiri perbicaraan pertamanya pada Khamis, menurut seorang pegawai penguatkuasa undang-undang di Venezuela.

Pegawai itu, yang telah diberi taklimat mengenai kes itu berkata, kini terpulang kepada AS untuk membuat langkah seterusnya.

Pihak berkuasa AS mempunyai 30 hari untuk meminta ekstradisinya secara rasmi, sesuatu yang dilihat pegawai itu tidak mungkin memandangkan pentadbiran Biden mengiktiraf pemimpin pembangkang Juan Guaido – bukan Maduro – sebagai pemerintah yang sah di negara itu.

Venezuela dan AS mempunyai perjanjian ekstradisi tetapi tidak jelas sama ada pihak berkuasa AS telah membuat permintaan rasmi.

Dalam e-mel, jurucakap Jabatan Kehakiman berkata agensi itu tidak mengulas mengenai perkara berkaitan ekstradisi.

Walaupun dalam keadaan biasa, ekstradisi boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Pentadbiran Biden tidak mengiktiraf kerajaan sosialis Maduro secara rasmi, tidak mempunyai kedutaan di Venezuela dan telah mengenakan sekatan ke atas negara yang telah memburukkan lagi hubungan.

Francis adalah dalang kepada skim rasuah besar yang menjerat berpuluh-puluh pegawai Tentera Laut.

Francis mengaku mengumpan mereka dengan pesta seks di Asia sebagai pertukaran untuk maklumat sulit mengenai laluan kapal Tentera Laut yang digunakannya untuk memanfaatkan syarikatnya yang berpangkalan di Singapura.

Francis mengaku bersalah pada 2015 dan berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Sementara menunggu hukuman, dia diberi hukuman tahanan rumah di San Diego untuk menerima rawatan perubatan.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply