Monday, October 21, 2024
HomeBERITAEsok ada mesyuarat Kabinet - Annuar Musa

Esok ada mesyuarat Kabinet – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan mesyuarat Kabinet akan berjalan seperti biasa sebagaimana yang dijadualkan esok.

Ia sekali gus menjawab persoalan sama ada Parlimen dibubarkan hari ini atau sebaliknya, namun menjelaskan perkara itu akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet nanti.

“Parlimen belum bubar lagi, apa hasil keputusan, kita bawa dalam mesyuarat esok bagi perkara yang melibatkan implikasi kewangan.

“Tidak ada kena mengena bubar tak bubar sebab Kabinet bersidang esok,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Jam 4 petang tadi, Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai bagi memohon pembubaran Parlimen.

Majlis menghadap itu berlangsung kira-kira sejam.

Annuar dalam masa yang sama turut menjelaskan, kaedah perundingan kini berbeza dengan kerajaan terdahulu memandangkan pentadbiran di bawah kepemimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melibatkan pelbagai parti.

“Kalau dulu satu parti membentuk kerajaan, sekarang kerajaan dibentuk beberapa gabungan, dalam ada BN, PN, GPS, kaedah tidak sama lagi seperti tahun sebelum ini yang kerajaan BN.

“Presiden dan Perdana Menteri orang yang sama, partinya pun satu. Sekarang keadaan berbeza sedikit, jadi bagi ruang kepada Perdana Menteri,” ujarnya lagi.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments