Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAEmma Maembong bakal naik pelamin Khamis ini?

Emma Maembong bakal naik pelamin Khamis ini?

Nampaknya banyak sungguh pasangan bakal pengantin memilih tarikh cantik dan unik ‘20022020’ sebagai tarikh pernikahan.

Selain pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim dikhabarkan akan bernikah pada tarikh berkenaan, terbaharu sumber melaporkan pelakon kelahiran Terengganu, Emma Maembong turut akan menamatkan zaman bujangnya pada Khamis ini.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan Emma bakal berkahwin dengan kerabat DiRaja dan berita itu dikatakan tidak benar kerana jejaka yang berjaya menambat hati pelakon cantik ini merupakan seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan swasta tempatan.

Atas permintaan keluarga Emma sendiri, perkara berkenaan tidak dihebahkan secara meluas dan perkahwinan terbabit hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Walaubagaimanapun, baik Emma mahupun ahli keluarga yang lain memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memuat naik sebarang kenyataan di media sosial.

Difahamkan jejaka yang dikenali sebagai Mr S berwajah ‘Chinese look’, betul ke Emma?

Jika benar, sudah tentu ini merupakan perkhabaran gembira buat semua para peminat Emma Maembong.

Semoga Emma dan pasangan berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Nampaknya dalam diam ya Emma, tahu-tahu sudah mahu berkahwin.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments