Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITADerai air mata BCL dan Noah iringi pengebumian Ashraf Sinclair -...

Derai air mata BCL dan Noah iringi pengebumian Ashraf Sinclair – Al Fatihah

Allahyarham Ashraf Sinclair selamat dikebumikan kira-kira jam 4.47 petang waktu tempatan atau 5.47 petang waktu Malaysia di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat tidak mampu menahan air mata saat menyaksikan jenazah suaminya, ditambah anaknya, Noah Aidan Sinclair menangis seperti histeria setelah pemergian bapanya.

Dalam kenyataan singkat kepada wartawan, BCL masih belum mampu bicara dan hanya mengucapkan terima kasih kepada media yang menunggunya.

Bunga Citra Lestari turut mengucapkan terima kasih dan meminta para kenalannya untuk mendoakan kesejahteraan Almarhum Ashraf dan juga untuk anaknya, Noah.

Menurutnya dia tidak boleh terlalu banyak bercakap kerana masih terkejut dengan pemergian suaminya dan sedang dalam proses untuk menerima pemergiannya kerana semuanya tidak dijangka.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments