Sunday, June 16, 2024
HomeBERITA“Duduk rumah janganlah melilau”, Siti Nurhaliza titip nasihat pada warga Malaysia

“Duduk rumah janganlah melilau”, Siti Nurhaliza titip nasihat pada warga Malaysia

Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti  memuat naik entri di laman Instagram dan menasihati para pengikutnya agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Tokti beliau juga kini sedang dalam fasa berkurung dan mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan seperti mana yang telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“#DUDUKRUMAH Versi 1 minit. Patuhi arahan Pengawalan Pergerakan. #dudukrumah #stayathome #7Nasihat” tukis Tokti.

Di samping itu Tokti turut menyampaikan sedikit pesanan dengan menyampaikan melalui nyanyian yang diubah lirik menerusi lagu asalnya, 7 Nasihat.

Tokti pun sudah memberi nasihat melalui nyanyian yang mudah difahami dan diingati.

Rakyat Malaysia masih nak ingkar arahan pihak berkuasa lagi ke? -THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments