Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Kematian ketiga dalam negara

COVID-19 : Kematian ketiga dalam negara

Melalui perkongsian terkini Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dilaman Facebook miliknya, beliau berkongsi berita kematian ketiga dalam negara pada hari ini.

“Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes,” tulis beliau.

Menurutnya, kematian ini merupakan kes ke-152 , seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac lalu dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” katanya.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments