Monday, May 20, 2024
HomeBERITADua lelaki bermotosikal tembak kereta di Sitiawan

Dua lelaki bermotosikal tembak kereta di Sitiawan

LUMUT, 1 Oktober – Di Setiawan, dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir di sebuah kawasan perumahan di Sitiawan semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhampiran mendapati suspek kemudian cuba melepaskan tembakan ke arah rumah pemilik kereta itu.

Namun, pistol yang digunakan oleh suspek itu bagaimanapun dikatakan gagal berfungsi sebelum mereka melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran.

Terdahulu, beliau menjelaskan polis menerima panggilan telefon dari seorang lelaki pada pukul 1.07 tengah hari memaklumkan ada kes tembakan di hadapan rumah rakannya di Sitiawan.

Beliau memaklumkan, hasil siasatan mendapati isteri pemilik rumah ada mendengar bunyi letupan di luar rumah mereka pagi semalam tetapi tidak mengendahkannya.

Kemudian, kira-kira pukul 12.45 tengah hari pemilik rumah yang mempunyai dua anak keluar rumah untuk mengambil barang dan menyedari terdapat kerosakan pada cermin belakang keretanya serta menemui kelongsong peluru di bawah kenderaan tersebut.

Mohd. Yusri memberitahu, pemeriksaan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Forensik (D10) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mendapati terdapat kesan lubang pada cermin belakang kereta dipercayai akibat tembakan serta satu kelongsong peluru dan kepala peluru di lokasi kejadian.

“Polis masih menyiasat motif kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintendan Mohd. Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 atau mana-mana balai polis berhampiran.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments