Saturday, July 13, 2024
HomeBERITADream Catcher singkap kejayaan selama tiga tahun berada dalam industri hiburan

Dream Catcher singkap kejayaan selama tiga tahun berada dalam industri hiburan

Dream Catcher meraikan ulang tahun ke-3 pada hari ini sejak memulakan kerjaya dalam industri hiburan.

Kumpulan wanita K-pop itu secara rasminya memulakan kerjaya pada 13 Januari 2017 dengan pelancaran single pertama berjudul ‘Nightmare’.

Kumpulan ini terdiri daripada tujuh anggota iaitu Jiu, Sua, Siyeon, Handong, Yoohyeon, Dami dan Gahyeon.

Dream Catcher mengeluarkan album pertama mereka di bawah nama baru berjudul ‘Prequel’ yang mengandungi enam buah lagu termasuk single ‘Fly High’ pada 27 Julai 2017.

Album itu menduduki carta nombor 5 di Billboard World Albums Chart dan berada di tangga 1 dalam carta US iTunes K-Pop Top 100.

Pada 12 Januari 2018, Dream Catcher mengeluarkan single ‘Full Moon’ berserta video promosi pada ulang tahun pertama mereka

Single ini segera mencatatkan carta tertinggi iTunes Top 100 K-Pop di banyak negara seluruh dunia dan menduduki tempat ke-16 pada carta Billboard World Digital Song Sales.

Pada 2019, Dream Catcher mengadakan Asia Tour ‘Invitation from Nightmare City’ di beberapa negara seperti Jakarta, Manila, Singapura, Seoul, Tokyo dan Kobe, Jepun bermula Mac hingga Mei. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments