Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAJENAYAHBERSATU Selangor sahkan tangkapan, ADUN Dengkil nafi

BERSATU Selangor sahkan tangkapan, ADUN Dengkil nafi

Susulan penangkapan 17 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Selangor kerana disyakki positif dadah.

ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah sebentar tadi menafikan dakwaan beliau dicekup polis selepas di dapati positif dadah dalam satu serbuan di Tiara Mutiara  2 Jalan Puchong awal pagi tadi.

Memetik laporan media, YB Adhif memaklumkan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat bagi menjelaskan perkara berkenaan.

Dalam pada itu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari ketika ditemui media mengesahkan penangkapan ADUN berkenaan.

Datuk Abdul Rashid yang juga Naib Presiden Bersatu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Menurut Datuk Abdul Rashid, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, KDN.

Sementara itu di laman sosial kecoh dengan penyebaran berita berkenaan penahanan 17 individu kerana positif dadah.

Menurut maklumat yang dikongsi netizen di facebook, berita penahanan ini diperolehi menerusi khidmat pesanan ringkas yang dikatakan tersebar luas.

Selain ADUN, seorang pegawai khas kepada seorang menteri turut dicekup.

Kami di The Malaya Post akan dapatkan pengesahan polis dalan waktu terdekat. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments