PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah melancarkan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2021-2025.
Majlis yang berlangsung secara dalam talian semalam telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar di Dewan Sri Lestari, KPLB, Putrajaya.
Pelan Strategik KPLB 2021–2025 merupakan satu dokumen hala tuju strategik yang disediakan dengan perancangan teliti melalui penglibatan pihak pengurusan tertinggi, bahagian dan agensi.
Ia termasuk kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ke arah memastikan pelan yang disediakan ini dapat memberi manfaat terutamanya kepada pemegang taruh luar bandar secara menyeluruh, inklusif dan berterusan.

Lima fokus strategik diberikan penekanan dalam pelan ini merangkumi infrastruktur asas, ekonomi, keusahawanan, modal insan dan sistem penyampaian.
Sebanyak 22 strategi dan 92 program telah dirangka termasuk 163 indikator sasaran bagi memacu pembangunan luar bandar secara holistik dan mampan. –THE MALAYA POST

Leave a Reply