Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,924 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 293,698 kes.

Catatan baharu ini membabitkan 1,918 merupakan kes tempatan dan enam kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 3,752 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 263,761 kes (89.81%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 28,837 orang (9.82%) manakala 205 pesakit berada di ICU dan 91 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

12 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,100 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments