Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITADr Latif, Rafizi: saling cabar mencabar

Dr Latif, Rafizi: saling cabar mencabar

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Jika dua hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad mencabar Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaan Rafizi kononnya Zainab Binti Mohd Salleh ialah isteri kedua beliau.

Tegas Datuk Dr Abd Latiff sebagai anggota kabinet beliau bersedia untuk disiasat bagi membuktikan kebenarannya.

​”Andaikata saudara Rafizi betul betul yakin bahawa Zainab Binti Mohd Salleh ialah isteri kedua saya, maka sila kemukakan bukti. Sebagai anggota kabinet, saya bersedia untuk disiasat bagi membuktikan kebenaran apa yang saya katakan. Hentikanlah menabur fitnah,” katanya kepada The Malaya Post.

Katanya Rafizi perlu bersikap lebih jujur dalam berpolitik.

Ini kerana pembohongannya bukan sahaja menipu masyarakat tetapi juga menggugat keyakinan rakyat kepada pemerintah.

Tindakan itu katanya boleh menjejaskan keselamatan negara bila mana penjelasan yang perlu dibuat mendedahkan rahsia aset pertahanan negara kepada pengetahuan umum.

Susulan penjelasan itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pula mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad untuk memfailkan saman terhadap dirinya.

Ia berhubung dakwaan dirinya yang mengaitkan Ahli Parlimen Mersing itu dalam penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS).

“Saya tunggu beliau (Abd. Latiff) saman, beliau tidak saman, kalau ikut hati, saya mahu saman beliau. Saya akan tunggu, silap hari kalau beliau tidak saman, saya akan saman beliau.

“Ia supaya beliau boleh pergi ke mahkamah, dan apabila di situ, kita boleh ambil jalan undang-undang untuk dapatkan dokumen yang kita boleh tunjuk dekat mahkamah,” katanya.

Persoalan kini terarah kepada bila Rafizi akan kotakan janji untuk dedahkan bukti berkenaan?

Pada asasnya, politik dicipta dan dimanifestasikan berdasarkan falsafah serta tujuan dalam menyediakan kebahagiaan juga kesejahteraan rakyat, tapi realiti yang terjadi mereka hanya mementingkan dirinya sendiri.

Politik itu santai, namun yang menyukarkan itu adalah politikus.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments