Saturday, May 18, 2024
HomeBERITABangkok ‘dipenuhi’ ular, seekor ditemukan setiap 15 minit

Bangkok ‘dipenuhi’ ular, seekor ditemukan setiap 15 minit

BANGKOK, 29 Ogos – Jika semalam pihak berkuasa Bangkok melaporkan, pihaknya menangkap kira-kira 60,000 ular setiap tahun dengan purata seekor ular akan ditemukan dalam masa 15 minit.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, talian kecemasan 199 sering dihubungi orang ramai mengenai penemuan ular, sama ada di premis perniagaan mahu pun rumah mereka setiap hari.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangkok telah mencatatkan peningkatan 300 peratus dalam panggilan yang berkaitan dengan ular sejak lima tahun yang lalu.

Tempat bersembunyi kegemaran mereka? Tandas.

Sementara itu lapor Bangkok Post, statistik itu dikeluarkan selepas satu gambar yang menunjukkan seekor ular sawa besar melingkar di atas pokok di daerah Din Daeng, sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat.

Mereka menjelaskan, anggota keselamatan akan menangkap ular yang ditemukan dan menyerahkannya kepada Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, sebelum kesemua haiwan itu dibebaskan ke dalam hutan.

Yang pasti mengapa banyak sangat ular di ibu negara Thai ini?

Bangkok diasaskan di tebing Sungai Chao Phraya di mana lokasi ini asalnya adalah tanah rimbun berlumpur.

Pada tahun 2006, Lapangan Terbang Suvarnabhumi dibuka dan ia dibina di atas tanah yang dahulu dikenali sebagai ‘Cobra Swamp’.

Hmm memang pot atau habitat ular.

Organisasi Taman Zoo menjangkakan terdapat sekitar 1,000 ular di setiap 50 daerah di seluruh Bangkok.

“Populasi ular yang tinggi di Bangkok disebabkan masyarakat di bandar ini tidak makan ular, sebaliknya haiwan pemangsa itu mempunyai ‘banyak mangsa’ seperti ular, kucing dan ayam.

“Kebanyakan ular yang ditangkap oleh pihak berkuasa adalah jenis phyton dan boa,” menurut organisasi itu.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments