Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA‘Dine-in’ di restoran dengan maksimum dua orang satu meja dibenarkan bermula esok

‘Dine-in’ di restoran dengan maksimum dua orang satu meja dibenarkan bermula esok

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemilik gerai atau restoran dibenarkan menerima pelanggan makan dalam premis dengan jumlah maksimum dua orang pada setiap meja mulai esok.

Namun, beliau mengingatkan agar semua pengusaha kedai makan mematuhi SOP yang telah ditetapkan termasuk penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan perlu memastikan semua pelanggan mendaftar diri di premis yang dikunjungi.

Pengusaha kedai makan juga perlu menghadkan jumlah pelanggan pada waktu tertentu dan memastikan kawalan orang ramai di pintu masuk mahupun keluar.

Terdahulu, pihak kerajaan hanya membenarkan kedai makan  beroperasi dengan hanya membungkus makanan dan waktu berniaga ditetapkan sehingga jam 10 malam.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments