Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA18 perniagaan runcit dibenarkan beroperasi

18 perniagaan runcit dibenarkan beroperasi

Pihak kerajaan hari ini turut mengumumkan baki 18 sektor perniagaan peruncitan dibenarkan beroperasi dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran ini dibuat bagi memastikan kerancakan ekonomi khususnya indistri kecil dan sederhana (IKS).

“Sidang Khas MKN semalam bersetuju untuk membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan, antaranya kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai kasut, kedai barang fotografi/ perkhidmatan fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga/ nurseri, kedai kraftangan dan cenderahati; kedai antik serta kedai alat permainan.

“Antara lain yang dibenarkan beroperasi ialah kedai permaidani, kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif; kedai outdoor; kedai peralatan sukan; barangan rumah dan peralatan dapur; kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi; kedai tembakau; kedai aksesori kenderaan, restoran (dine-in) serta Ar-Rahnu,” ujar beliau pada sidang media hari ini.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments