DidikTV KPM inisiatif tambahan bantu murid belajar di rumah

0

Bermula 17 Februari ini, saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM akan mula bersiaran bermula 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Ini merupakan pertama kali Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Menurut Menteri Pendidikan, Dato’ Dr Mohd Radzi Md. Jidin, DidikTV KPM adalah satu lagi usaha berterusan KPM dalam memberikan akses pendidikan berkualiti untuk murid seluruh negara.

KPM sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik”, katanya dalam satu siaran media.

DidikTV KPM yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada hari pertama siaran jam 8.00 pagi merupakan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

“Sebelum ini KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama sebelas jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7.

“Buat pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

“DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI dan bagi set TV Digital Bersepadu (IDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik,” ujar beliau.

Menurutnya, DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM.

“Saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.

“Selain itu, program antarabangsa yang bersesuaian akan turut disiarkan. Saluran DidikTV KPM juga merupakan satu platform untuk memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi,” tambahnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply