Bapa penyanyi rap Nicki Minaj, Robert Maraj, 64 tahun, meninggal dunia akibat kes kemalangan langgar lari di New York City semalam (14 Februari).
Menurut kenyataan Jabatan Polis Nassau Country, Robert Maraj dilanggar ketika dia sedang berjalan di Mineola, Long Island kira-kira jam 6.15 petang (2315 GMT) Jumaat lalu.
Pihak polis berkata pemandu terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dan Maraj yang dibawa ke hospital disahkan meninggal dunia semalam.
“Siasatan sedang dijalankan,” menurut pihak polis.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan hubungan Maraj dengan penyanyi tersohor berkenaan, tetapi jurucakap polis kemudian mengesahkan bahawa mangsa adalah bapa penyanyi rap kelahiran Amerika Syarikat itu. – AFP
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply