Monday, July 15, 2024
HomeBERITADato’ Seri Najib Razak luang masa menziarahi keluarga pelawak, Abam Bocey

Dato’ Seri Najib Razak luang masa menziarahi keluarga pelawak, Abam Bocey

Perkhabaran sedih berkenaan kematian pelawak terkenal, Abam Bocey mengejutkan dan memberi kesan kepada keluarga, kenalan serta para peminat kumpulan berkenaan.

Tidak ketinggalan, bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak turut menzahirkan kesedihan di atas pemergian pelawak yang disenangi ramai itu.

Melalui perkongsian di laman Facebook Najib Razak, beliau berkongsi suasana di masjid bersama ahli keluarga serta rakan-rakan arwah Abam.

Di laman media sosial, beliau turut menyatakan, “Suasana yang sedih dan pilu, Saya di Masjid Gombak Utara jumpa keluarga Allahyarham Abam Bocey, Takziah dan saya berharap semua tabah menghadapi dugaan hidup ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al- Fatihah” tulis beliau.

Beliau turut berkongsi beberapa foto di perkarangan masjid berkenaan.

Awal pagi ini, dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang dipercayai mengalami demam panas sejak dua hari sebelumnya dan meninggal dalam tidur. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments