Thursday, July 18, 2024
HomeBERITAAnugerah Pilihan Peminat Setel milik Haqiem Rusli

Anugerah Pilihan Peminat Setel milik Haqiem Rusli

Anugerah Pilihan Peminat Setel menjadi milik Haqiem Rusli yang mempertaruhkan lagu Lembah Kesepian yang dicipta bersama Ibnu dan Gouffran di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL) yang berlangsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil, semalam.

Dengan nyanyian yang begitu menyentuh jiwa, penyanyi muda berbakat besar ini menampilkan pelakon berpengalaman, Dato’ Rosyam Noor berperanan utama dalam menjayakan persembahan lagu berkenaan dan nyata ianya telah memukau perhatian penonton.

Melalui perkongsian di laman Instagram penyanyi dan komposer ini, Haqiem Rusli menzahirkan dengan menulis ucapan terima kasih.

Haqiem Rusli juga berkongsi foto trofi kemenangannya untuk tatapan para peminat setianya.

View this post on Instagram

TERIMA KASIH. #AJL34

A post shared by @ haqiemrusli98_ on

Semalam telah berlangsung AJL ke-34 yang menyaksikan 12 lagu yang layak ke final berentap sengit.

Tiga nama bergabung sebagai pengacara Anugerah Juara Lagu ke -34 (AJL), Sherry Al Hadad, Awal Ashari dan Hazim Husni berjaya menghidupkan suasana.

AJL juga tampil berbeza dengan kehadiran pengacara cilik yang berani.

Penampilan istimewa artis jemputan senior seperti Datuk M Nasir, Ameng Spring, Datuk David Arumugam Alleycats, Dato Hattan dan Fredo sungguh menyentuh jiwa.

Rangkaian lagu-lagu malar segar seperti Srikandi Cintaku, Suatu masa, Sampai hati, Kerana kau, Memburu rindu dan Kenangan lalu sangat nostalgik dan menggamit memori.

Tahniah kepada semua ❤

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments