Tuesday, July 16, 2024
HomePOLITIKDAP jangan cuba-cuba main api - Setiausaha Politik PM

DAP jangan cuba-cuba main api – Setiausaha Politik PM

Susulan kenyataan berbaur ugutan oleh DAP kepada Perdana Menteri dalam isu UEC.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya hari ini menyelar kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming yang disifatkan satu ugutan yang hebat.

Dan beliau menasihatkan DAP supaya jangan cuba-cuba bermain api.

“Benarkah DAP sudah mendapat kata sepakat akan keluar daripada Kerajaan Pakatan Harapan jika UEC tidak diiktiraf seperti apa yang dikatakan oleh Nga Kor Meng dalam berita Malaysiakini. Jika benarlah apa yang diperkatakan, ini sudah menjadi satu ugutan yang hebat. Dinasihatkan jangan cuba-cuba bermain api”, tulisnya difacebook.

Dalam pada itu, beberapa jam selepas laporan berkenaan tular dan dikecam hebat umum, Nga Kor Ming dalam reaksi balas mendakwa kenyataannya telah diambil di luar konteks oleh wartawan berkenaan.

“Portal berita berkenaan tidak pernah menemubual saya dan mereka hanya memetik atau mengambil sebahagian maklumat daripada temubual yang dilakukan akhbar Oriental Daily Malaysia ke atas saya dan kemudiannya menjadikan ia sebagai berita mereka.

“Perkara itu sudah diadukan kepada editor portal berita berkenaan dan saya meminta mereka memperbetulkan kesilapan laporan tersebut,” ciapnya.

Terdahulu Pensyarah Senior Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Yusoff berkata pengiktirafan ke atas Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah satu perkara yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.

Ugutan DAP kepada PM dalam isu UEC : cerminan budaya samseng DAP

Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Pasukan Petugas Dasar UEC pada 29 Oktober 2018 bagi mendapat maklum-balas ke atasnya.

Di sebalik jangkaan awal, laporan Pasukan Petugas Dasar UEC belum dibentang kepada Kementerian Pendidikan, apa lagi dibawa ke Kabinet.

Hari ini Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, mengumumkan DAP akan keluar daripada PH jika UEC tidak diiktiraf.

Pengumuman ini pula bukanlah satu kenyataan peribadi Nga Kor Ming kerana ayat yang digunakan oleh beliau dalam Oriental Daily adalah:

“Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak-agak keluar dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf. Tidak kisah jika kita tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah. Ini prinsip yang kita pegang”.

Pengumuman ini mencerminkan budaya samseng DAP yang mengugut untuk mendapatkan sesuatu tanpa menunggu dan mengambil kira suara majoriti.

Jika UEC akhirnya diiktiraf oleh kerajaan maka tidak dapat tidak persepsi yang akan timbul adalah ia dibuat kerana kerajaan takut terhadap ugutan DAP.

Dan setelah Dr Maszlee Malek meletakkan jawatan, yang menjadi Pemangku Menteri Pendidikan ialah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maka pemimpin yang diugut oleh Nga Kor Ming dan DAP bukanlah sebarang orang, tetapi Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, sendiri.

–THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments