Friday, May 10, 2024
HomeBERITADakwaan diperas ugut: Lima individu diambil keterangan

Dakwaan diperas ugut: Lima individu diambil keterangan

Susulan video tular berbahasa Cina mendakwa anggota polis meminta suapan daripada beberapa pelancong di ibu negara.

Polis telah merakam keterangan lima individu bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya akan mengambil keterangan dua lagi individu selepas pihaknya dapat mengesan pemandu kenderaan e-hailing dan penumpang yang ada ketika kejadian itu.

“Pemandu terbabit sepatutnya hadir namun dia meminta tangguh kerana berlaku kematian ahli keluarganya.

“Mangsa warga China belum dirakam percakapan dan kita sudah meminta bantuan kedutaan untuk mengesannya,” katanya ketika Program Berbuka Puasa Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur di Lapangan Bersama Petugas, di Jalan Raja Abdullah Kampung Bharu, semalam.

Yahaya berkata, siasatan masih diteruskan dan apabila kertas siasatan dilengkapkan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Jelasnya, polis juga bekerjasama dengan Interpol dan Jabatan Imigresen bagi mengesan wanita warga China itu, yang dipercayai sudah meninggalkan Malaysia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini , polis mengesan video berdurasi satu minit 48 saat itu dimuat naik seorang pengguna TikTok berhubung kejadian itu.

Video itu memaparkan anggota memakai seragam sedang menjalankan pemeriksaan ke atas seorang individu di lokasi berlatar belakang papan tanda Memorial Tunku Abdul Rahman, di Bulatan Dato’ Onn.

Siasatan awal mendapati individu di dalam video tular itu mendakwa diperas ugut oleh anggota polis terbabit kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments