Sunday, May 19, 2024
HomeBERITACubaan culik babitkan murid Sekolah Agama KAFA Integrasi At-Tayyibin Puncak Alam 1

Cubaan culik babitkan murid Sekolah Agama KAFA Integrasi At-Tayyibin Puncak Alam 1

SHAH ALAM, 1 Oktober – Apa nak jadi ni? Setiap hari ada sahaja berita kes culik membabitkan anak-anak kecil.

Terbaharu seorang murid Sekolah Rendah Agama KAFA Integrasi At-Tayyibin, Puncak Alam 1 dipercayai hampir menjadi mangsa culik kepada dua lelaki tidak dikenali.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Ketua Guru Sekolah Agama KAFA At-Taiyyibin, Ustazah Ngaishah kejadian berlaku di hadapan pagar Masjid At-Taiyyibin pada jam 1:30 tengah hari 27 September lalu.

Susulan itu Ustazah Ngaishah memohon agar ibu bapa atau penjaga memberi perhatian lebih agar dapat memastikan anak-anak berada di dalam pagar sekolah selepas menghantar mereka.

Yang pasti banyak kejadian culik yang berlaku sejak kebelakangan ini sangat memberi kesan membimbangkan kepada pihak sekolah dan juga ibu bapa.

“Pihak sekolah berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat mengambil anak-anak pada waktu yang ditetapkan.

“Ibu bapa sentiasa memberi ingatan dan pesanan pada anak-anak mengenai risiko culik dan bagi anak-anak yang berjalan kaki ke sekolah agama, perlu ada pemantauan ibu bapa/penjaga,” katanya menerusi kenyataan sama.

Beliau juga berharap agar ibu bapa dan penjaga dapat memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam menangani isu ini.

Hati-hati, pastikan para ibu tahu keberadaan anak-anak anda.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments