Sunday, June 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Tiga kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : Tiga kematian direkodkan hari ini

Jumlah terkumpul kes kematian COVID-19 di Malaysia setakat 12 April 2020 adalah sebanyak 76 orang dengan penambahan tiga kematian hari ini.

Ketiga-tiga pesakit merupakan warganegara Malaysia yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Kes ke-74 seorang lelaki lingkungan 50-an disahkan meninggal pada 12 April jam 1.50 pagi di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan.

Menurut laporan pesakit mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

Pesakit kedua iaitu kes kematian ke-75 berusia 90 tahun dirawat di Hospital Taiping, Perak dengan latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Kematian ke-76 pula merupakan seorang wanita berumur 47 tahun dan juga punyai rekod penyakit darah tinggi meninggal di Hospital Umum, Sarawak.

Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 12 April 2020 adalah seramai 3 orang.Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah seramai 76 orang.#StayAtHome#BreaktheChain#KitaMestiMenang

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 12 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments