Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) melaporkan 153 kes baharu positif COVID-19 dalam negara pada hari ini (12 April).
Dengan penambahan ini telah menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 meningkat kepada 4,683 kes.
Di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 66 orang dirawat dan lebih separuh daripada jumlah itu dipantau menggunakan alat bantuan pernafasan.
Setakat hari ini pesakit yang telah pulih juga telah menunjukkan kesembuhan yang baik seramai 113 orang.
Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,108 kes.
Manakala kes kematian dalam negara sebanyak tiga orang dan jumlah keseluruhan adalah 76 kes.
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 12 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply