Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 tidak berjangkit dari makanan atau bekas makanan

COVID-19 tidak berjangkit dari makanan atau bekas makanan

Jika seseorang pekerja kedai kek premium dikesan positif COVID-19, perlukah semua kek dan makanan di premis terbabit dibuang?

Disini kami kongsi jawapan persoalan berkenaan.

Kesemua kek di dalam kedai terbabit tidak perlu dibuang.

Namun, premis hanya perlu membuat disinfeksi persekitaran seperti meja, kerusi, lantai.

Makanan yang sedia ada boleh di simpan dengan kaedah penyimpanan yang selamat iaitu di dalam peti sejuk.

✔️ Sehingga kini, TIADA bukti yang menunjukkan jangkitan boleh berlaku dari makanan atau bekas makanan.

✔️Cara utama penyebaran adalah :

1. Secara langsung – kontak dengan titisan air tubuh / pernafasan (batuk, selsema)

2. Secara tidak langsung – kontak dengan permukaan yang telah tercemar dengan virus dan kemudianya tersentuh mata atau hidung.

Namun , ia bukannya tiada risiko langsung, tetapi jauh lebih rendah berbanding penyebaran secara langsung.

Mengapa makanan bukan risiko utama penyebaran?

✔️ Virus COVID-19 TIDAK berganda di dalam makanan seperti bakteria penyebab keracunan makanan.

✔️ Ia mungkin mati atau tidak dapat hidup lama akibat bahan bahan dalam makanan.

✔️ Asid di perut memusnahkan virus sebelum ia sempat menjangkiti tubuh.

Paling penting adalah pastikan anda jangan makan dengan jarak dekat dan jangan bersembang terlalu lama.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments