Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITACOVID-19: Tekong laut dan darat seludup manusia musuh negara - Menteri Dalam...

COVID-19: Tekong laut dan darat seludup manusia musuh negara – Menteri Dalam Negeri

JOHOR BAHRU – Hukuman lebih berat akan dikenakan ke atas semua tekong yang bertanggungjawab menyeludup masuk warga asing ke negara ini.

Amaran itu disuarakan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin kepada semua tekong laut dan darat yang disyaki terbabit dalam kegiatan itu.

“Hari ini saya nak bagi amaran pada tekong laut dan darat yang kita sedang giat kesan, kita akan ambil hukuman yang lebih berat ke atas mereka ini”

“Pada saya mereka adalah musuh negara kerana membenarkan warga asing masuk secara haram” tegas beliau dalam satu kenyataan semalam.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin memantau operasi Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar. Foto: UKK BSI

Susulan itu, semua lokasi yang berpotensi menjadi lorong tikus akan diperketatkan kawalannya serta merta.

Ia bagi mengekang penularan virus COVID-19, yang di khuatiri di bawa masuk oleh pendatang asing  tanpa izin.

Tambah beliau, kerjasama antara semua agensi terbabit perlu dipertingkatkan bagi memastikan usaha membanteras kegiatan jenayah ini dapat dibendung.

Terdahulu Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam lawatan kerja rasmi ke negeri Johor turut meninjau beberapa operasi sekatan jalan raya di Danga Bay Johor bagi mengekang wabak COVID-19 yang kian meningkat.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin meninjau sekatan jalanraya di Danga Bay, Johor Bharu. Foto: Polis Johor

Operasi dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu beliau turut melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor dan seterusnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin(kanan), menaiki bot Polis Marin bersama CP Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor(kiri), meninjau tahap keselamatan perairan Johor. Foto: FB KDN

Di akhir lawatan, beliau di bawa ke lokasi yang dipercayai menjadi lorong-lorong tikus dan laluan haram pendatang tanpa izin (PATI) di sekitar Pendas dan Sungai Pulai Iskandar Puteri dengan menaiki bot PDRM dan APMM.

Turut hadir adalah YBhg Dato’ Jamil bin Rakon, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, CP Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Polis Johor, serta Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Indera Khairul Dzaimee.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments