Thursday, November 19, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Satu lagi kes kematian dalam negara, jumlah terkini 16 kes

COVID-19 : Satu lagi kes kematian dalam negara, jumlah terkini 16 kes

Perkongsian terkini laman media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melaporkan perkhabaran sedih apabila terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Rekod terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Pesakit telah mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu.

Kesihatan pesakit merosot dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan serta disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac.

Namun, pesakit telah disahkan meninggal dunia jam 7.40 malam pada 24 Mac.

Punca jangkitan COVID-19 masih dalam siasatan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments