Thursday, May 23, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 8 telah sembuh, 14 masih terima rawatan

COVID-19 : 8 telah sembuh, 14 masih terima rawatan

Jumlah kesembuhan COVID-19 di Malaysia mencatat seramai lapan orang termasuk penambahan satu kes yang telah dicaj pada 15 Februari 2020.

Pesakit yang telah sembuh merupakan seorang wanita berusia 59 tahun warganegara China yang sebelum ini dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru.

Setakat ini tiada kes baharu dilaporkan, manakala jumlah keseluruhan positif COVID-19 yang masih menerima rawatan adalah sebanyak 14 orang.

Sehingga kini, statistik bilangan kematian di seluruh negara telah mencatat 1,772 di China dan seorang mangsa di Jepun, Perancis dan Filipina yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,775.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments