Influencer yang dikenali sebagai Baby Tora Tora atau Atierah Zulfatie dikenali kerana sering mempromosikan barangan (review) dan melakukan mukbang dengan cara dan gelagat yang lucu.
Terkini, Atierah atau lebih mesra disapa Tura memuat naik satu entri di laman Instagramnya menceritakan perkembangan dirinya terkini.
Umum mengetahui, Tira telah pun bergelar seorang isteri pada Mac 2019 yang lalu.
Menurut Tira, sejak kebelakangan ini dia agak sensitif kerana semua rakan-rakannya sudah usung perut (mengandung).
“Smpai nangis tngok video dorang sbb tira pulak happy untuk smua .and then baru2 ni orang trdekat dngan tira ,suami dia ceraikan dia lepas 4 bulan kahwin dn bagi alasan kata isterinya tak boleh ngandung .speechless sngat ..” tulis Tira.
Tambahnya lagi, kadang kadang dia turut rasa sedih lebih-lebih lagi apabila dia sering dikaitkan mengenai fizikalnya.
Namun mujurlah ramai yang berada disisinya memberikan sokongan sekaligus membuatkan dia tidak kisah kerana semuanya aturan Allah tetapi sebolehnya janganlah membabitkan mengenai sensitiviti orang lain.
“Apapun smua yang belom dikurniakan zuriat lagi ,tira doakan smoga tak lama lagi kita pun dpat merasa smua tu ❤amin” tukis Tira mengakhiri entrinya.
Siapa sangka di sebalik perwatakannya yang ceria terselit kedukaan yang dipendamkan olehnya.
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply