Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 3,631 kes baharu, 18 kematian hari ini

COVID-19 : 3,631 kes baharu, 18 kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan peningkatan dengan 3,631 kes baharu membabitkan 3,625 kes tempatan dan enam kes import.

Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 176,180 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 2,554 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 132,706 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 42, 814 orang (24.3%) manakala 251 pesakit berada di ICU dan 102 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan lapan belas kematian hari ini dan merupakan angka tertinggi sekaligus menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 660 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments